Anwar Razak
27 Dis 2011
Jangan Mencaci Sesama Kita
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)
19 Dis 2011
Ciri ciri Anak yang Soleh
8 ciri-ciri anak soleh daripada Surah Luqman ayat 15 sehinggat ayat 19.
1.Berbuat dan bergaul dengan baik kepada ibu bapa walaupun mereka itu seorang yang musyrik.
2.Melakukan sesuatu amalan kebaikan dan menjauhi amalan kejahatan walaupun tidak dilihat oleh orang-ramai.
3.Mendirikan solat dengan sempurna.
4.Menyeru dan mengajak manusia ke arah kebaikan.
5.Mencegah orang lain melakukan kemungkaran dan kejahatan.
6.Sentiasa sabar dan tabah akan segala bencana dan bala yang menimpa diri.
7.Tidak sombong dan tidak takbur di dalam pergaulan di atas muka bumi ini.
8.Sentiasa bertutur dengan sopan dan menghormati orang lain.
^^Semoga kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah^^
12 Dis 2011
Perkara Meningkatkan Iman
1.Mengenal Allah SWT dengan sebenar-benar bukan sekadar lisan , tetapi kenal bersama cinta , takut kepada amaran Allah SWT sebagaimana ulamak takut kepada Allah SWT .
2.Bertadabbur kepada Al-Quran Al-Karim sehingga apabila mendengar Al-Quran dia akan bertambah imanya .
3.Mengenal & mecintai Rasulullah SAW serta mengikuti setiap pergerakan Rasulullah SAW .
4.Berfikir kepada kejadian alam penciptaan Allah SWT yang amat unik , sehingga cara kita berfikir tersebut termasuk dalam kategori ibadat kepada Allah SWT .
5.Memperbanyakkan solat-solat sunat & perkara-perkara sunat seperti sedekah & Qiamullail .
6.Mendekati Allah SWT melalui perkara-perkara ketaatan kepada Allah SWT & menjauhi segala larangan Allah seperti perkara-perkara maksiat , perkara-perkara mengurangkan iman , mendengar nyanyian wanita & memandang aurat wanita .
7.Sentiase berzikir kepada Allah SWT agar hati sentiase hidup , yakni setiap detik & pergerakan hati di arahkan kepada ketaatan kepada perintah Allah SWT .
8.Menjadikan Dakwah sebagai tugas rasmi dalam kehidupan walaupun pada zahir kita bertugas dengan kerajaan / majikan .
4 Dis 2011
10 sahabat syaitan
1- Raja yang zalim.
2- Mereka kaya yang sombong.
3- Peniaga yang khianat.
4- Pemabuk ( peminum arak ).
5- Tukang adu-domba ( membuat fitnah ).
6- Pelacur ( GRO).
7- Pemakan harta anak yatim.
8- Mereka yang memandang remeh tentang solat.
9- Mereka yang tidak mengeluarkan zakat.
10- Mereka yang panjang angan-angan.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 972-973.
Kelebihan Membaca Al-Quran
“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
(Abu Daud & Ahmad)
Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.
26 Nov 2011
Perkara Yang Membatalkan Solat
Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:
1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.
2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.
3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:
a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.
b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.
c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.
d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.
e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.
4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:
a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.
b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.
c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.
d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.
e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau sujud.
f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.
5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.
6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.
7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.
Langgan:
Catatan (Atom)